Kuih Tradisional Di Malaysia

Traditional Cakes in Malaysia

Di Malaysia ada banyak jenis kuih tradisional yang sedap. Kuih ialah sejenis makanan ringan yang manis. Awak boleh dapat kuih di mana mana seperti pasar raya, pasar malam dan ada banyak gerai di tepi jalan.


Tiap tiap kawasan guna resepi lain. Di Sarawak, mereka suka makan kek lapis. Kek lapis ada banyak warna dan perasa. Di Sabah pula ada kek cincin dan kuih karas. Di semenanjung Malaysia kita ada banyak jenis kuih juga seperti onde onde, kole kacang, jalebi, rava kesari, kuih koci, kek bulan, pulut panggang. Malaysia ada banyak kuih sebab tiap tiap kaum ada kuih tersendiri. Semua sedap!



Orang Malaysia buat kuih dengan menggunakan bahan seperti gula melaka, santan, kacang, pandan, pulut dan kelapa. Orang Melayu suka guna pandan dan kelapa. Orang India guna banyak tepung dan kelapa juga. Orang Cina suka guna kacang merah, telur dan roti pau.


Kuih kegemaran saya ialah onde onde, rava kesari, jalebi dan kuih koci. Saya sudah tahu macam mana buat onde onde. Mesti guna gula melaka, kelapa, pandan dan tepung beras. Cuba buat sendiri! Saya suka kaya dan roti juga. Tetapi kaya tak kek. Orang Malaysia suka makan kaya semasa sarapan.


Sekarang saya mahu belajar macam mana buat rava kesari dan kuih koci.













72 views0 comments

Recent Posts

See All